Saban hari kita mendengar banyak pertubuhan atas nama Islam ditubuhkan. Pelbagai nama diberi terhadap pertubuhan ini. Cuma apa yang menyamakan semua pertubuhan ini adalah dasar atau ideologinya yang berteraskan dakwah islamiah. namun begitu perlaksanaannya yang berbeza seringkali membuatkan ahli pertubuhan masing-masing mempertahankan pendapat hingga dasar sebenar penubuhannya diketepikan. Akibat daripada pegangan ideologi yang fanatik terhadap pertubuhan masing-masing ini menyebabkan terjadinya unsur-unsur assabiyah ( perkauman ) pertubuhan. Jika kita lihat pada dakwah dizaman Rasulullah S.A.W. ketika dahulu, Baginda menyatukan seluruh Jazirah Arab dibawah satu payung iaitu Islam. Ini menjadi rahsia mengapa Islam mampu menakluk 2/3 dunia suatu ketika dahulu, kerana ikatan silaturrahim antara muslim tanpa ada dasar assabiyah. Kita bandingkan pula dengan masa kini diwaktu Islam diambang kejatuhan dimana sebuah negara Islam membenarkan pasukan tentera laknatullah menjadikan negara itu pengkalan perang bagi menyerang negara saudara seagamanya iaitu Afghanistan, diikuti pula oleh Iraq. Tetapi mengapa Iran tidak diserang? Mungkin kerana Iran mengamalkan Teknologi Al-Quran hinggakan Kafir laknatullah takut untuk membuat serangan berangkai (Afghanistan > Iran > Iraq). Jika diikutkan kedudukan peta, ketiga-tiga negara ini berada sejajar antara satu sama lain.
AFGHANISTAN
IRAN
IRAQ Ideologi Islam yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. tidak berteraskan assabiyah sebaliknya berasaskan perpaduan umah. Politik yang dianjurkan oleh baginda juga bukanlah atas dasar demokrasi tetapi sebaliknya atas dasar Syariah dimana segala peraturan didalam Al-Quran dilaksanakan. Ada parti politik yang menggunakan Islam tetapi mengamalkan demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat, pencampuran hukuman dan perundangan mengikut kaedah Lord Reid dan syariat. Ini boleh membawa kepada kesesatan daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sebaik-baik pemerintahan adalah berdasarkan Kitabullah dengan panduan Hadis Rasulullah S.A.W. serta bimbingan daripada para Ulama'. Sayang sekali jika dasar Ideologi kita selama ini lebih mengagungkan dunia barat. Kita dapat lihat secara jelas bahawa kafir sentiasa memastikan kita berpecah belah melalui pembentukan negara berasingan dan memusnahkan mana-mana negara yang didapati cuba membangkitkan sistem pemerintahan berkhalifah mahupun melaksanakan undang-undang syariah. Ini dapat dibuktikan dengan dengan penaklukan terhadap beberapa buah negara yang mengamalkan sistem syariah atau lebih mudah dikenali dengan Hudud. Kemudian mereka akan membentuk semula negara itu mengikut acuan mereka sendiri. Buktinya di Turki dimana penaklukan bermula dari perang dunia pertama keatas negara Islam yang mengamalkan sistem Khilafah. Selepas keruntuhan pusat pentadbiran Khilafah tersebut, negara Islam yang lain mula mengalami keruntuhan akibat penjajahan barat. Kemudiannya satu demi satu negara dimerdekakan daripada penjajahan mereka tetapi dalam keadaan racun sekularisma mula meresap ke dalam setiap jiwa muslim dinegara yang pernah dijajah itu. Tanpa kita sedari selama ini Islam yang kita laung-laungkan telah diputar belitkan oleh barat dengan sistem amalan demokrasi. Mengapa Demokrasi Itu tidak patut wujud? Terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan dalil persoalan ini. Antaranya ialah demokrasi mengajar rakyat untuk menentang seorang pemimpin walaupun pemimpin itu seorang yang adil dan memberikan hak untuk memilih pemimpin yang zalim. Demokrasi juga membuatkan seorang pemimpin yang kafir itu layak untuk dipilih sebagai pemerintah. Sebaik-baik pemilihan seorang pemimpin adalah melalui sistem Syura yang dianggotai oleh para Ulama' yang layak. Ini kerana Ulama' dan Umara' saling memerlukan antara satu sama lain. Dasar nasionalisma sebenarnya diwujudkan oleh pemerintah barat agar setiap negara Islam itu terpisah antara satu sama lain supaya memudahkan mereka memerhati setiap gerak geri pentadbiran negara agar tidak menyusur kearah sistem syariah. Taktik yang akan digunakan apabila melihat adanya unsur-unsur syariah ialah melemparkan tuduhan bahawa negara tersebut melakukan aktiviti militia pengganas dan akhirnya negara tersebut akan diserang hingga pentadbirannya lumpuh dan digantikan dengan pentadbiran baru berasaskan sekular. Negara Barat khususnya Amerika tidak patut ditakuti kerana gelaran super power yang disandang hanya hiasan semata-mata. jika dibandingkan dengan gabungan negara Islam, mereka umpama sarang semut yang boleh dipijak pada bila-bila masa apabila semua umat Islam bersatu seperti sebelum zaman kejatuhan Islam dulu. Apa yang perlu dilakukan ialah setiap umat Islam harus lantang bersuara terhadap mereka didalam satu saf hinggakan berjuta suara muslim dan muslimat yang memekik menjadi satu suara gergasi. Wajib bagi kita yang sedar akan hal ini menyampaikan kepada umat Islam yang lain bahawa bertapa perlunya pembentukan ideologi Islam didalam diri mereka agar terselamat daripada dakyah dan tipu daya orang kafir yang selama ini sedang meratah minda umat Islam diseluruh dunia agar sentiasa mundur.


1 comment:
SALAM UKHWAH FILLAH FI SABILILLAH..
SEMOGA MENDAPAT KEKUATAN DAN KEBERKATAN DARI ALLAH..
TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DALAM MEMARTABATKAN ISLAM..
ALLAH HU AKBAR !
ALLAH HU AKBAR !
ALLAH HU AKBAR !
Post a Comment